Salam sejahtera untuk korang semua yang sudi tengok blog ini yang tidak seberapa sangat. Kery ada cakap 10 wajah Kacak yang ditulis oleh oleh kery hari lepas. Kery nak tahu juga, adakah korang setuju Penjurian oleh Kery. Kalau tak, silalah report dibahagian komen dibawah entrinya. BUkan apa, Takut meremang bulu roma korang je..hehe. Kalau gambar terakhir tu membuat korang marah atau mari perasaan Geli dalam hati korang, Keri nak minta maaf dahulu..hehe. Kepada pengunjung baru, kery nak khabar Blog ini memang akan letak gambar pelik-pelik atau pun gambar yang yang korang belum nampak dari pemikiran korang. So, Kery nak bagi amaran kepada tetamu blog ini supaya pakailah penutup mata kalau terlihat gambar-gambar pelik..hehe.
Pada hari lepas ini Kery and the geng telah mengambil keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2009. Syukur Alhamdulilah, Kery mendapat keputusan yang elok berbanding percubaan kery. Oklah kery malas nak cakap sangat sal benda nie sebab masih lagi private bagi kery..huhu. Kery akan story tentang sultan brunei nie. korang pasti tahu dah yang harta kekayaannya melimpah ruah sehingga ke hartanya boleh hidup sejuta tahun. Tak sangka dengan duit minyaknya dan projek-projek kecil yang lain dapat menjadikan Sultan Brunei duduk dalam keadaan selesa. KOrang tahu tak sultan mana kery Maksudkan?? Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Al-Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin diberi gelaran. Sultan ini telah berada dalam kedudukan 100 orang terkaya didunia.
Hasil kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah, sultan tersebut telah menggunakan emas dalam semua aspek. Sebagai contohnya, menggunakan sudu dan garfu yang diperbuat emas ketika makan, memakai pakaian bersulamkan emas dan lain-lain lagi. Bahkan dalam istananya saja mempunyai alat-alat kebesarannya yang diperbuat emas. Barangkali korang sudah berasa kagum dengan status harta kemewahannya.
kalau korang nak tahu, harta kekayaannya selalu meningkat naik. Sebanyak 407 ringgit malaysia(RM) dalam setiap saat. dalam secara jam pula dalam RM 24,451 seminit, RM 1,467,061 sejam, RM 35,209,474 dalam masa satu hari. secara bulanan pula, harta kekayaannya mececah RM 180,061,060 x 4 minggu iaitu RM 720,244,240. SUdah mececah 1bilion dalam satu bulan. KOrang masih lagi tidak percaya. Jom kery tunjukkan harta bendanya.
1 saat: RM 407
1 minit: RM 24,451
1 jam: RM 1,467,061
1 hari: RM 35,209,474
1 minggu: RM 180,061,060
1 bulan: RM 720,244,240
ISTANA
Istananya sudah megah dengan bertakhtakan emas. Apabila berada di ruang utamanya, tempat kerusinya berwarna emas dan belakang kerusi yang ada dinding juga berwarna emas.
Di dalam istana mempunyai 1,788 buah bilik yang yang diserikan dengan emas dan bertatahkan berlian. selain tu, sebanyak 257 bilik air turut juga diletakkan emas dan perak. Setiap bilik berharga RM 679,690 x1788 buah bilik. ~maaf tidak dapat nak cari gambar dalam istana~
KAPAL TERBANG
Kita semua tahu yang orang kenamaan mesti ada kapal terbang. begitu juga Sultan Brunei ini. Tetapi kapal Sultan Brunei ini lain daripada yang lain. Kapal terbang ini mempunyai dalaman yang cukup cantik. Kery tidak reti jelaskan ,jadi korang tengoklah sendiri bagaimana kedaan dalam kapal terbang sana.
Dia juga memiliki enam pesawat kecil dan dua helikopter: Ini adalah Interior Pesawat Pribadi Sultan Brunei

Pesawat paling mewah di dunia, dihiasi dengan emas. Sultan juga mempunyai sebuah pesawat Boeing 747 senilai seratus juta dolar, dan kemudian dijadikan sebagai rumah dengan pengubahsuaian lebih dari seratus dua puluh juta dolar lebih kurang RM 396,960,010. Jika korang nak lebih detail lagi tentang kapal terbang ini, sila klik disini wikepedia/ sultan.
KERETA
Sebenarnya kereta sultan banyak tapi dalam ruangan ini akan kery letak satu je keretanya yang bernilai berjuta ringgit malaysia. Kereta ini dirancang khusus atas permintaan Sultan brunei kepada syarikat Royce the Rolls yang di digabungkan dengan bentuk kereta dari Porsche. Kereta ini sudah siap dan berada di london.



PERKAWINAN
Kat bawah ini adalah gambar perkawinan seorang Puteri Sultan Brunei. Semasa perkawinan berlangsung, Puteri sultan brunei menggunakan kereta berwarna emas, Majlis perkawinan ini berlangsung selama 14 hari. Perbelanjaan Majlis tersebut ialah sekitar 5 juta dolar bersamaan RM 16,540,000.




Puteri yang memakai mahkota berlian dan membawa karangan bunga kecil bertatahkan berlian. Dia juga memakai berlian sebagai anting-anting besar, dengan baju bersulam emas dan berlian kecil-kecil disetiap detil baju.
MENURURT WIKIPEDIA
Catatan berdasarkan Wikipedia kekayaan jenis Kereta yang dimiliki Sultan terkaya ini :
- Mercedes-Benz 531 buah
- 367 buah Ferrari
- 362 buah Bentleys
- BMW 185 buah
- 177 buah Jaguar
- 160 buah Porsche
- 130 buah Rolls-Royce
- Dan 20 buah Lamborghini..
via: sabirinnet.com and wikipedia.org
Related posts:
wah!!besg giler!
nak jd bini no.2 dia boleh tak??
haha
aku nak 10k duit dia [pon jd la,,
tgh sengkek ni,,
=__=
[Reply]
gila kentang..semua ada saduran emas..kaya gila..
ahm´s last blog ..[Nuffnang] Panduan Cash Out Pendapatan
[Reply]
perghh..byk nye kete die
kamarul´s last blog ..Bosan…
[Reply]
salam semua, nak betulkan cikit la pasal sultan brunei ni. Azri dari Brunei
1. Gambar perkahwinan Diraja tu, itu bukan Puteri Sultan tapi itu Perkahwinan Putera Mahkota Brunei.
2. Tentang peralatan makan dan perhiasan atau alat2 kebesaran diraja tu, bukan semua alat2 kebesaran diraja diperbuat dari emas. Sultan Hassanal Bolkiah mementingkan hukum2 agama juga. kebanyakkan alat2 kebesaran tu hanya dicelup emas je, bukan emas tulen. Haram kan lelaki guna emas. Semua sudah disesuaikan dengan Hukum2 agama. Kecuali alat2 kebesaran diraja bagi Duli Raja Isteri (Permaisuri).. semua itu atas nasihat mufti kerajaan brunei sebagai penasihat hukum2 agama kepada Baginda..
Sekian..
[Reply]
Tambahan : Sekarang semua peralatan kebesaran diraja disesuaikan dengan perak dan emas. perak kan sunat utk lelaki. sapa2 nak dtg brunei. email lah saye ye.. boleh saya ajak jalan2 ke muzium alat2 kebesaran diraja..
[Reply]
[...] Image credit to E-taknak [...]